Tempahan, sebut harga, kontrak, invois, crew dan penghantaran untuk jurugambar dan videografer majlis, semuanya dalam satu app. Tak perlu lagi selak WhatsApp, spreadsheet dan diari.

Setiap job bawa sesi, sebut harga, kontrak, invois, crew dan deliverable sendiri. Tiada lagi yang tersimpan dalam kepala seorang.
Hantar satu link. Pelanggan pilih pakej, isi butiran dan tarikh sendiri, terima sebut harga dan tandatangan kontrak online. Job, sesi dan invois dibuat untuk anda.
Nikah, sanding, resepsi dan outdoor di bawah satu job dengan satu jumlah: tarikh, venue dan masa bersama.
Deposit, ansuran dan baki ditetapkan sekali. RekaDesk hantar peringatan yang sopan dan tunjuk siapa dah bayar.
Tugaskan jurugambar dan videografer setiap sesi. Tempahan bertindih dan crew tak cukup ditanda awal, dan setiap orang nampak jadual sendiri.
Crew muat naik dari lokasi ke Google Drive anda sendiri melalui link, tanpa log masuk. Deliverable dan tarikh akhir dijejak setiap job.
Tandatangan online dengan rekod yang tak boleh diubah, resit rasmi bila bayaran selesai, dan portal pelanggan yang tunjuk semuanya.
Pilih pakej, tetapkan deposit. Pelanggan dapat satu link di WhatsApp.
Butiran, tarikh, sebut harga dan kontrak, semua di telefon mereka.
Job, sesi, invois dan pelan bayaran muncul dalam RekaDesk. Kalendar anda juga.
Panduan sebenar: job pertama, link tempahan, invois, crew dan penghantaran.

Setiap pelan bermula dengan percubaan percuma 7 hari, akses penuh. Tanpa kad, batal bila-bila, bayar tahunan jimat 10%.
Bayaran online dalam portal pelanggan guna FPX, DuitNow QR dan kad melalui penyedia bayaran Malaysia. Perlukan lebih 8 akaun? Emel hello@rekadesk.com.
Boleh. Akaun crew hanya nampak jadual sendiri dan sesi yang ditugaskan. Duit dan butiran pelanggan kekal dengan pemilik dan pengurus.
Ya. Satu job boleh ada seberapa banyak sesi: nikah, sanding, resepsi dan outdoor, setiap satu dengan tarikh, venue dan crew sendiri, di bawah satu sebut harga dan satu rekod invois.
Boleh. Pelanggan bayar FPX, DuitNow QR atau kad dalam portal mereka pada pelan Enterprise dan Boss, dan bayaran itu terus masuk ke invois.
Tidak. Percubaan 7 hari beri akses penuh tanpa kad. Selepas itu pilih pelan atau teruskan dengan Free (tiga job terbuka).
Setiap bisnes hanya nampak data sendiri. Kontrak dikunci selepas ditandatangan dengan rekod yang tak boleh diubah, dan gambar serta footage masuk ke Google Drive anda sendiri, bukan kami.
Mula percubaan 7 hari dan hantar link tempahan pertama anda hari ini.